STUDENT LIFE


Assalamualaikum, kali ni nak bercerita pasal "student life" sbb Lia pon seorang student jugak. Lia bukan seorang student yang cemerlang dari sekolah tapi Lia bersyukur dapat sambung belajar ke peringkat diploma. Lia belajar dalam bidang teknologi maklumat (pengaturcaraan) dalam bahasa english information technology (programming). Dalam poli Lia "maksudnya politeknik" kos ni dikatakan kos paling senang. Bagi padangan diorang la. Tapi sesenang- senang kos yang diperkatakan oleh orang lain ni ade je yang gagal. So korang rase kos ni senang ke susah ke? korang fikir la sendiri. Politeknik lia ni bukan sebuah politeknik premier, tapi poli biase - biase je. kat bawah ni lia ada bagi sikit penerangan pasal jenis-jenis politeknik dan senarai nama politeknik yang Lia copy n paste sbb malas nak taip balik :


Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Pengambilan pelajar hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier juga menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana.Permohonan adalah melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa.

1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)


Politeknik Konvensional


Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan adalah pelajar lepasan SPM, yang menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan juga Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online.

1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4. Politeknik Kuching, Sarawak
5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8. Politeknik Kota, Melaka
9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu
10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu (PSMZA)
11. Politeknik Merlimau, Melaka
12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor (PSIS)
15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17. Politeknik Mukah, Sarawak
18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Politeknik Jeli, Kelantan
20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21. Politeknik Banting, Selangor
22. Politeknik Mersing, Johor
23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24. Politeknik Sandakan, Sabah



Politeknik METrO


Politeknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Sasaran pelajar adalah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.

1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
4. Politeknik METrO Betong (PMB)
5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

life kami dekat polteknik memang berbeza dari universiti tapi inilah yang dapat membentuk sikap kami  bile keluar poli nanti... insyaALLAH. Diantara poli Lia dengan poli lain pon ade perbezaan juga, especially dari segi pemakaian bagi perempuan. huhuhu... sedih x dapat pakai seluar ke kelas melainkan kalau ada kelas bengkel. Hari-hari kene pakai baju kurung. bagi kelas pula, yang paling bestnye bile kelas cancel. Memang itulah berita yang ditunggu-tunggu oleh sume budak-budak kelas Lia, tapi bile time nak ganti kelas, time itulah paling malas. tapi bagi orang yang betul-betul nak belajar die takkan menolak kelas ganti, Then kalau dia ada masa panjang dia akan sanggup jumpe pensyarah dia untuk dapatkan ilmu lebih, takpun untuk tanya soalan yang dia x paham. Lagipun kat politeknik, lecturer sume baik-baik. lecturer sume suka tolong student diorang, so kalau x paham ke, x tahu ke, malu nak tanya depan kelas, rajin-rajinkanlah kaki ke bilik pensyarah. Lia pon selalu buat macam tu, almaklumlah, Lia bukan pandai sangat pon, lagi-lagi bab programming ni. Huh, nyawa-nyawa ikan. berbeza x dengan universiti. Jadi sesiapa yang dapat politeknik sebagai korang punye tempat untuk sambung pelajaran janganlah terasa rendah diri pulak. korang lagi bertuah dpat poli dari universiti, sekurang-kurang korang senang nak contact pensyarah korang. x ke mudah tu. Tapi lain orang lain pendapat, so korang boleh fikir yang mana elok mana yang x. Masa sem 1 dulu Lia TERaktif masa awal-awal masuk, so Lia terjadi penolong kelas. walaupun tugas penolong kelas ni agak bz skit sbb kene selalu alert dengan hp untuk tau berita untuk kelas dari pensyarah, adakalanya kene datang awal untuk jumpe pensyarahlah, kene kumpul tugasan dari semua oranglah, tapi itulah satu kenangan manis sebenarnya. Kawan semua cakap berani padahal x tahu dalam hati ni gemuruh gile bile kene jadi penolong kelas...dan yang paling bestnye 1 kelas tahu siape kite. hehehe, famous jugaklah kat situ. Jadi penolong kelas ni tugas die same je macam kat sekolah dulu, tapi besar sikit sbb jadi orang kepercayaan pensyarah sendiri dari segi akademik, bile cakap dari segi akademik ni paham je la, korang akan jadi tumpuan dari kawan-kawan sekelas korang. Laju je diorang tanya quiz dengan test korang dapat berapa, pointer korang berapa  bile tamat 1 semestar. kalau korang dapat ponter tinggi-tinggi, lagi famous. hahaha, tapi jangan jadi tamak pula tapi korang dapat nama jugak la kat situ, nak-nak lagi dapat akj "anugerah ketua jabatan" ke kire dekan kat U. Setakat ni pointer Lia sem 1 ok, sem 2 dengan sem 3 agak merudum. tapi alhamdulillah masih 3.00 ke atas. Jadi kalau korang ter jadi penolong kelas ke, jangan segan silu duduk bawah tempurung. suarakan je korang punye pendapat, idea korang, sbb time ni lah korang nak train sifat leadership korang tu. nnti time dah keluar poli n nak cari keje susah.


Setakat ni, itulah pengalaman sepanjang Lia dekat poli Lia sampai sekarang. Lia sekarang dah masuk semestar 4, semestar  untuk latihan industri. bagi kos Lia la. tapi mula kawan-kawan sem bawah Lia diorang akan mula li pada semestar 6. Pasal latihan indstri Lia akan sambung cerita lain hari pula. sampai sini sahaja. 

always smile to live, for a better day.


Assalam.

Comments

Post a Comment