BERFIKIRAN POSITIF

assalamualaikum,
lia nak cerita sikit tentang minda positif. kenapa nk positifkan minda? perlu ke? itu adalah soalan sinonim dengan remaja sekarang. yang mereka tahu datang belajar di sekolah, ipta, belajar secara straight. time belajar, mata pandang cikgu, pandang lect, tapi hati dan minda menjelajah ke alam mimpi. bila time exam ke, test ke, main jawab je soalan. soalan subjektif ok lagi la, yang objektif, main tembak je.... ish, ish, ish. then time result keluar masing-masing sibuk mengata cikgu, mengata lect sebab x bagi markah lebih @ discount mark. ade ke patut...

bagi lia lah kepentingan mempositifkan minda ni bukan sahaja untuk mendapatkan markah yang baik dalam pelajaran tetapi untuk bina sikap suka berfikiran positif dalam setiap dugaan yang ditempuhi. tetapi apabila kite menasihatkan rakan-rakan kita tentang kebaikannya mereka makin berpaling dari kita, walhal mereka tidak tahu akan kebaikan apa yang mereka dapat hasil dari sentiasa berfikiran positif.

antara manfaat berfikiran positif adalah:

  • kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik.
  • kita dapat menerima sesuatu nasihat dengan hati yang terbuka.
  • kita senang untuk memahami sesuatu pelajaran.
  • kita akan rajin dalam pelajaran.
  • kita dapat berfikir dengan tenang.


    diantara semua point yang ada diatas berfikiran positif ini sangat bermanfaat kepada diri kita, dan bukannya untuk orang lain. jadi apalah salahnya kita cuba untuk berubah untuk kebaikan kita sendiri. lia dah pun mencuba untuk sentiasa berfikiran positif dan hasilnya lia lebih suka belajar sekarang kerana lia merasakan belajar itu lebih menarik. Memang tak semua orang boleh berfikir dengan sama tapi x salah mencubakan... bukannya boleh mati pun kalau mencuba benda yang baik. jadi tanamlah azam untuk berubah walaupun sedikit. InsyaALLAH hati kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik.

    "make today better than yesterday"

    Assalam...

    Comments