Assalamualaikum ^^,
Lama sangat dah berhenti tulis blog ni... start dari zaman poli sampailah sekarang. Handphone pun dah tak x de blog app (sedih). Tapi ape pun tu nota sampingan je. Kali ni saje nak berkongsi pengalaman sikit tentang cabaran student yang dah lepas grad to become new worker. bunyi macam menarik je tapi hakikatnya jauh panggang dari api dik oiiii...
Bila fikir dapat pegang duit sendiri macam seronok. Boleh beli tu... Boleh beli ni... Tapi yang penting dalam otak bile ada duit bole buat semua bende. tolak yang bukan duniawilah. Then again jauh pulok menyimpang topik :p Sekembalinya di sini ingin saya cerita yang mencari kerja bukanlah mudah bagi setengah pihak. Ada yang mungkin kata senang je cari kerja... -,- (ikut koranglah nak fikir macam mana) Tapi yang penting ada beberapa nota penting sikit :-
- Pertama : Nak cari kerja memang mudah (syarat - tak kesahlah dapat kerja apa pun...)
- Kedua : Nak cari kerja yang pendapatan 1500 dan keatas susah wow (syarat - kene ada diploma, pengalaman, dan atas budi bicara korang dengan recruiter tu sendiri)
- Ketiga - Nak cari kerja yang kene dengan minat sendiri jarang dapat (syarat - kenelah ada passion betul... kalau tak ada susah tu. Tapi lepas tu kenelah tunjuk bakat dengan syarikat)
- Keempat - Asal ada pendapatan sikit pun jadilah (syarat - hanya untuk single tidak digalakkan untuk mempunyai hubungan)
Syarat- syarat kelayakan ni hanya dari mulut,ada yang dapat lepas, Alhamdullilah, ada yang tak dapat tu, Sila cuba lagi. Tapi walau macam mana sekali pun, masa depan korang, korang sendirilah yang jamin. Lia cume cakap berdasarkan pengalaman sendiri (bulan ni masuk bulan ke - 6 bekerja) dan bukan di bidang sendiri. Masing-masing mempunyai masalah masing-masing. Macam Lia pun ada masalahnya sendiri dan masih struggle untuk berdiri di bumi ini dengan hanya lepasan diploma programming. Sedikit nasihat jangan menganggap kerja bukan pada bidang sendiri itu adalah satu bebanan. Bagi Lia itu adalah satu benda yang negatif... and tak patut difikir. Terima seadanya dan cube untuk ambil pengalaman itu sebaik mungkin kerana kita tak tahu masa depan apa yang akan kita hadapi.
Akhir kata perkongsian kali ini hanya untuk membuka minda dan hati. Sesakit mana pun, kita kene melangkah (mesti korang fikir "alah cakap senanglah"). Hakikatnya Lia juga sedang melangkah kehadapan. Dan untuk pengetahuan korang Lia sedang berjinak-jinak nak cari kerja baru. Tunggulah post yang lain berkenaan kerja baru (Insya-Allah). Salah dan silap mohon dimaafkan. Hanya sekadar perkongsian untuk mereka yang memerlukan ^_^
Comments
Post a Comment